Tiada niat nak menunjuk barang kemas, Adira Suhaimi ada sebab tersendiri pakai barang kemas

PENYANYI Adira Suhaimi tidak pernah berniat menunjuk-nunjuk apabila sering dilihat memakai barang kemas. Adira, 32, sebaliknya menjelaskan tindakan dia memakai barang kemas semata-mata atas dasar tuntutan kerja memandangkan dia berkolaborasi bersama sebuah syarikat menjual perhiasan. Sedar tindakannya itu mengundang bahaya, Adira bagaimanapun sentiasa berhati-hati supaya tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Saya hanya fikir (pakai emas) sebab kerja dan tanggungjawab sahaja. Saya tahu ia bahaya tetapi saya tetap berhati-hati. Memandangkan ini adalah kolaborasi takkan saya tak tunjuk. Kenalah tunjuk produk tersebut tapi saya memang tak berniat nak menunjuk,” katanya. Dalam pada itu, Adira memberitahu dia pernah menipu dengan memberitahu emas dipakai adalah dari Korea apabila sering diasak pelbagai soalan daripada pengikutnya.

“Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah lagi terima sebarang ancaman. Kalau ada yang komen berlebihan saya akan cakap saya pakai emas Korea,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.