Bergurau ada kekasih lagi cantik dari Adira, sekali reaksi anak Datuk Red buat ramai yang terhibur

Respon spontan anak sulung kepada pasangan Adira Suhaimi dan Datuk Red ketika mendapat tahu bapanya ingin berkahwin lain menjadi tumpuan ramai. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok memaparkan Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adenan Abu berada di rumah untuk menjaga anak-anaknya sementara Adira sedang menjalani penggambaran. Klik sini untuk lihat video.

Ketika sedang asyik berbual dengan penonton di TikTok, Datuk Red menjawab komen seorang individu yang bertanya keberadaan kekasihnya iaitu Adira. Datuk Red dengan spontan menjawab kekasihnya itu sedang sibuk bekerja. Namun apa yang menjadi tumpuan ramai adalah respon spontan daripada anak sulung mereka iaitu Anggrek yang seakan terkejut dengan jawapan Datuk Red yang mengaku memiliki teman wanita.

“Datuk Red: Papa ada girlfriend dah. Anggrek: Beritahu mummy (Adira/Ami) Datuk Red: Pergi lah beritahu, ingat Papa takut ke?” Dengan nada yang bergurau, Datuk Red memberitahu Anggrek bahawa dia akan berkahwin dengan ‘kekasihnya’ selain menyifatkan wanita itu jauh lebih cantik dari Adira. “Datuk Red: Girlfriend papa lagi cantik daripada Ami kau. Memang lah papa nak kahwin. Nanti papa dapat anak baru, selamat tinggal lah kau.”

Namun siapa sangka, Anggrek tiba-tiba menangis selepas Datuk Red berseloroh dengan mengatakan akan ‘meninggalkannya’ selepas memiliki anak baharu dengan ‘teman wanitanya’ itu. “Datuk Red: Ya lah, papa tak kahwin lain. Biarlah bapak kau ni menduda sampai ke tua. Nanti kau dah kahwin, ada suami kau letak papa dekat rumah orang tua.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat dua beranak itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.