Ingat balik perjuangan untuk bangkit, ramai yang tak nak Puteri Sarah tak kembali bersama dengan bekas suami

Para peminat dan warganet memberi peringatan kepada pengguna media sosial yang lain supaya ingat perjuangan Puteri Sarah untuk bangkit selepas berpisah susulan tularnya berita bekas suami, Syamsul Yusof menfailkan perpisahan terhadap isteri, Ira Kazar. Menerusi posting terbaru Puteri Sarah Liyana yang bergambar bersama Bella Astillah di Instagram, terdapat komen-komen yang ‘singgah’ di ruangan tersebut selepas dakwaan Syamsul bakal bercerai dengan Ira Kazar disahkan oleh pihak peguan syarie.

Ramai yang meminta agar Puteri Sarah tidak kembali bersama bekas suaminya selepas melalui pelbagai kontroversi yang agak menggemparkan industri seni Tanah Air tahun lalu. Mereka juga meminta agar pelakon wanita itu mengenangkan semula perjuangannya yang turun naik mahkamah bagi mendapatkan keadilan susulan dimadukan tanpa kerelaan. “Please jangan ada yang suruh PS getback dengan yang sana eh! Ingat balik macam mana PS fight untuk bangkit,” tulis warganet.

Komen tersebut juga telah mendapat respon daripada selebriti terbabit apabila meletakkan tanda suka walaupun tidak memberi sebarang maklum balas di hantaran berkenaan. Selain itu, ramai lagi yang meninggal komen di ruangan tersebut apabila ada diantara mereka menyatakan bahawa Puteri Sarah sudah ‘menang’ dan percaya bahawa kifarah itu memang ada dalam kehidupan kita.

Terdahulu, berita tentang pengarah tersohor, Syamsul Yusof menfailkan perpisahan terhadap isterinya, Ira Kazar atau Faghirah Fatini Kazaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor telah mengejutkan ramai memandangkan usia perkahwinan mereka tidak sampai dua tahun. Mereka yang berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dimaklumkan sudah tidak ada persefahaman dan menjadikan hal tersebut sebagai salah satu alasan untuk berpisah.

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah sah berpisah talak satu pada Jun 2023 selepas pelbagai ‘drama’ melibatkan mereka menjadi liputan di media sosial apabila nama Ira Kazar turut terheret sama dalam pergolakan rumah tangga mereka. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.