Tak sampai hati nak buat laporan polis, Aliff Syukri tampil dedah kejadian sebenar kena ganggu dengan lelaki warga asing

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan lelaki warga asing yang cuba melakukan perbuatan tak senonoh terhadapnya sebenarnya sudah pun membuka zip seluar ketika kejadian. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, sejurus melihat lelaki tersebut membuka zip seluar dia terus memalingkan wajah kerana berasa ketakutan. “Sebenarnya dia sudah pun buka zip seluar, disebabkan takut nak tengok saya terus pusingkan telefon ketika sedang merakam.

Dia macam perompak tapi saya sebenarnya sudah berdepan situasi sama sebanyak tiga kali namun berjaya melarikan diri. Niat saya muat naik video tersebut sebab nak beri kesedaran pada orang awam supaya lebih berhati-hati… Saya tak trauma cuma takut diapa-apakan,” katanya. Dalam pada itu, Aliff menyangkal dakwaan insiden itu merupakan perkara dirancang demi perhatian sebaliknya benar-benar berlaku.

Malah Aliff mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menghubunginya dan meminta dia membuat laporan polis. Namun usahawan itu berkata dia tidak sampai hati kerana merasakan lelaki warga asing itu berada dalam keadaan tidak siuman. “Bukan konten tapi perkara itu realiti… Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak polis yang ada hubungi saya dan minta saya ke balai untuk buat laporan. “Saya bukan tak nak buat laporan polis cuma saya rasa dia tak pkl, rgl atau apa-apakan saya.

Jadi saya tak sampai hati sebab saya rasa orang itu tidak siuman ataupun gila,” jelasnya. Pada 20 Ogos lalu, Aliff memuat naik rakaman dia diganggu lelaki warga asing menyergahnya sehingga mahu membuka zip seluar. Selang lima hari kemudian, lelaki itu ditahan pihak polis dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.