Anak pertama mestilah teruja, video Intan Najuwa tempah katil bayi khas untuk anak sulung

Kegembiraan untuk menyambut cahaya mata sulung sudah pastinya dialami oleh setiap bakal ibu termasuk pelakon Datin Intan Najuwa yang menempah katil khas buat anaknya. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, sebuah syarikat perabot berkongsi video katil bayi yang ditempah khusus oleh Intan. Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid kelihatan sangat teruja dan berpuas hati setelah melihat katil bayi idamannya. Klik sini untuk lihat video.

“Ini untuk anak pertama saya dan sudah semestinya saya mahukan ianya sempurna. Apa yang saya mahukan sama 100%. Kualiti sangat bagus, tak ada cacat langsung. Saya sangat seronok.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji citarasa Intan dalam memilih dekorasi untuk meraikan bayi sulungnya. Mereka juga mendoakan agar cahaya matanya itu akan menjadi insan yang berguna.

“Untungkan anak-anak yang ‘ada-ada’. Semoga nanti membesar dengan baik.” “Betul ‘princess treatment.’” “Comelnya datin.” “Doa yang baik-baik. Jangan nak busuk hati. Biarlah dia, semua ibu teruja nak tunggu kelahiran anak pertama. Dalam masa yang sama, warganet turut berteka-teki tentang harga katil bayi tersebut yang didakwa menelan kos yang tinggi.

“Ya Allah, berapa angka ini? Hanya mampu melihat. Memang kaya.” Terdahulu, Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga. Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *