Apa yang dia cakap orang kata tak layak, Uyaina Arshad teruk kena kritik dengan warganet pasal kes Abg Bas

Pengacara dan pelakon wanita, Uyaina Arshad merasakan apa yang dijelaskan sebelum ini seakan tidak didengar oleh sesetengah pihak hanya disebabkan dia seorang selebriti dan bukannya peguam. Dalam ciapan yang dibuat Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32 di X, dia turut mengakui hidup dalam lingkungan orang-orang terdekat yang bertugas sebagai peguam. “Sebabkan saya pilih menjadi artis dan bukan peguam. Sebab tu apa yang saya cakap ada orang kata tak layak,” tulisnya.

Perkara tersebut dinyatakan pengacara Wanita Hari Ini berkenaan di platform X susulan memberi respon perkongsian seorang pengguna yang pelik dengan sikap sesetengah netizen berhubung isu Abang Bas baru-baru ini. Disebabkan pemuda terbabit diwakili oleh seorang peguam yang mempunyai nama, warganet seakan tidak sabar melihat Uyaina disaman memandangkan pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu melibatkan Abang Bas berkenaan.

Dalam pada itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya tersebut turut berkongsi pandangannya dengan mengkategorikan jenis-jenis pengguna media sosial berdasarkan komen yang ditinggalkan di mana-mana posting. Menurutnya, respon daripada sesetengah warganet dilihat sangat membimbangkan di salah satu platform media sosial kerana cara mereka berfikir berbeza dengan sepatutnya.

Perkara tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata juga berasa bimbang dengan pemikiran sesetengah pihak yang merasakan isu-isu pedofilia seakan ringan melihat daripada komen yang ditinggalkan mereka di posting berkaitian isu viral itu.

Terdahulu, peguam yang mewakili seorang pemadu bas meminta beberapa individu termasuk selebtiti bersedia untuk disaman memandangkan keluarga pemuda terbabit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Menurutnya, perkara tersebut dilakukan susulan kecaman yang diterima mereka disebabkan beberapa perkongsian yang dibuat individu-individu terbabit sehingga membawa kepad syak wasangka serta cemuhan kepada pemandu bas berkenaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *