Tak halang kalau anak nak kahwin muda, tapi ini pula syarat yang Azhar Sulaiman tetapkan

PELAKON Azhar Sulaiman tidak menghalang sekiranya anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona mahu menamatkan zaman bujang dalam usia masih muda. Kata Azhar, dia tidak memandang perkara tersebut sebagai satu kesalahan malah meluahkan rasa syukur sekiranya perkara terseut benar-benar berlaku. “Saya ada tiga orang anak. Mereka semua lain-lain pendapat. Leona ini dia tengok diri dia seperti emak dia dan saya pun sendiri kahwin di pada umur 25.

Mungkin dia tidak mahu terlalu lama untuk berhibur dengan kawan-kawan atau hidup ‘single’ sampai umur 27 tahun. Dia hanya mahu habis belajar, kerja dan terus kahwin. Syukurlah kalau dia nak kahwin,” katanya. Ketika ditanya mengenai ciri-ciri menantu yang diterimanya, Azhar hanya meminta individu tersebut mempunyai kelayakan pelajaran. Ciri-ciri yang saya mahu hanyalah ada pembelajaran walaupun dalam apa sahaja bidang. Ini kerana kalau apa-apa yang berlaku, setidaknya dia ada sijil pelajaran. Kalau tidak ada, nanti susah untuk dapat pekerjaan,” ujarnya.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *