Perpisahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar bukan tanda kemenangan buat pelakon Puteri Sarah. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, apa yang berlaku adalah takdir dan dia tiada kena mengena dengan masalah menimpa pasangan berkenaan. “Ini semua adalah ketentuan takdir… Saya tak anggap apa terjadi itu sebagai satu kemenangan buat diri saya.
Saya tak berfikir bergitu sebab saya tiada kena mengena dengan ‘cerita’ mereka,” katanya. Sarah menjelaskan perkara itu ketika ditemui di sidang media program Muzikal Lawak Superstar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Sarah meminta orang ramai tidak lagi mengaitkan namanya dengan Syamsul.
Kata Sarah, dia kini sudah bahagia dengan kehidupannya bersama anak-anak. “Saya pun tak mahu komen banyak-banyak. Jangan kaitkan saya lagi, itu masalah mereka. Sudah setahun lebih, saya dah lama lupakan kisah itu dan teruskan kehidupan sendiri,” jelasnya. Sebelum ini, ada pihak menganggap keretakan rumah tangga Syamsul dan Ira sebagai balasan atas kesalahan mereka terhadap pelakon itu selama ini.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan perpisahan pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun. Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand namun perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama apabila sah berpisah pada 5 September lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.