Masih belum mempunyai jalan raya, perahu bawa stok makanan ke sekolah karam di Sungai Katibas Sarawak

Sebuah perahu bawa stok makanan ke sekolah karam pada tengahari tadi di Sungai Katibas, Song, Sarawak, lapor seorang pengguna Facebook dikenali Crisstian Moses. Menurut Crisstian Moses, sebuah bot yang digunakan untuk mengangkut barang makanan ke dua buah sekolah terletak di kawasan berkenaan karam.

“Kemalangan di Sungai Katibas Tengah (Nanga Ujat) Katibas, tengahari tadi. Sebuah bot panjang ini digunakan untuk mengangkut barang makanan ke Sekolah Kebangsaan Lubok Bedil dan Sekolah Kebangsaan Nanga Bangkit,” tulisnya pada sebuah hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, pemandu perahu berkenaan bersama beberapa individu lain dilaporkan selamat dan sempat naik ke darat. Apa yang membuatkan ramai kecewa apabila sehingga kini penduduk di kawasan sekitar terpaksa menggunakan jalan sungai Katibas kerana masih belum mempunyai jalan raya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dan  mereka berharap agar masalah itu dapat diselesaikan demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat terutama para pelajar sekolah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *