Bergabung dengan Mamak Puteh dan Ilham Abata, ramai yang terkejut tengok Puteri Sarah antara peserta Muzikal Lawak Superstar 4

PELAKON Puteri Sarah Liyana membuat kejutan apabila diumumkan antara selebriti yang bakal beraksi di pentas Muzikal Lawak Superstar musim keempat. Tidak keseorangan, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bergabung dengan Mamak Puteh dan Ilham Abata pada pertandingan tersebut. Bergabung membentuk kumpulan Gebu, penampilan Sarah dalam program tersebut dijangka menjadi tumpuan penonton yang menantikan aksinya membuat lawak.

Ketua Saluran Astro Warna iaitu Norzeha Mohd Salleh berkata, musim terbaharu ini memang menggabungkan pelakon dan pelawak dalam memberi saingan sengit buat masa peserta bertanding. “Musim kali ini kami mengetengahkan kombinasi pempengaruh, pelakon dan pelawak popular. Ini untuk menjadikan setiap pertandingan itu lebih sengit dan menarik buat semua penonton.” Nama pelakon Puteri Sarah sebagai peserta diperkenal dalam majlis sidang media program berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

MLS4 menampilkan 10 kumpulan yang merupakan gabungan dua pelawak bersama seorang selebriti lain dari pelbagai bidang termasuk pelakon, penyanyi dan juga pempengaruh media sosial. Antara lain yang turut menyertai adalah Harris Annuar, Eric Fuzi (Floor 88), Zulin Aziz, Isyariana, Yah Kucai dan Acap S. Sementara itu barisan pelawak yang bertanding adalah seperti Namie, Fad Bocey, Chiwan, Nizam Jentik Jentik, Aya Amiruddin dan Ali Puteh.

Musim kali ini membawa tema Magika dalam setiap kumpulan, menceritakan kisah-kisah hikayat dahulu atau cerita dongeng dalam lawak mereka secara lakonan spontan. Cabaran mingguan akan diberikan berdasarkan lokasi dan setiap kumpulan diberi kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan apa jua jalan cerita berlatar belakangkan lokasi tersebut. Barisan juri pula terdiri daripada Saiful Apek, Harith Iskander bersama pelakon Anna Jobling.

MLS4 akan mula bersiaran pada 22 September di saluran Astro Warna dan dikendalikan oleh Datuk AC Mizal sebagai pengacara. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *