Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang dengan tajuk yang digunakan oleh sebuah portal berhubung kejayaan anak sulungnya memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024. Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, mempersoalkan mengapa portal tersebut mengaitkan kejayaan Airit Rayyan Rizqin, 15, dengan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.
“Aku penat bela dari kecil, tiba-tiba tajuk ‘anak lagenda JDT’. Kepala atok hang! Saja nak viral cara jahat.” Bukan itu sahaja, Rita turut mempersoalkan siapakah ‘legenda JDT’ yang dimaksudkan portal berkenaan. “Siapa legenda JDT tu? Apa kaitan dengan anak aku jaga. Legenda celah mana?”
Terdahulu, anak sulung Rita menerima pujian ramai selepas memecahkan rekod dalam acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024 iaitu bagi kategori 100 meter (m) dan larian 200 meter (m). Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Rita dan Aidil kemudian sah berpisah pada September 2013. Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.
Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.