Personaliti media sosial, Ameera Khan tampil berkongsi pendapatnya mengenai bila mahu mendirikan rumah tangga. Perkara itu dikongsikan menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok di mana seorang warganet bertanyakan kepada Ameera tentang bila dirinya akan berkahwin. Menjawab kepada persoalan tersebut, adik kepada Neelofa itu menyatakan dia mahu menjalani kehidupan sebagai isteri namun pada waktu yang tepat serta yakin dengan ketentuan Allah. Klik sini untuk lihat video.
“InsyaAllah pada masa yang tepat sebab masa yang ditentukan Allah itu adalah tepat dan saya percaya terhadapNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Kita boleh rancang, kita boleh suka seseorang, kita boleh sayang akan sesuatu tetapi Allah yang tentukan semua sekali, jadi saya hanya tawakkal kepada Allah,” jawab Ameera. Sekadar info, Ameera Khan sebelum ini secara terbuka menunjukkan bahawa dia sedang hangat menjalani hubungan cinta bersama pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.
Pempengaruh berusia 25 tahun itu juga baru-baru ini terbang ke Indonesia demi menyambut hari lahir ke-26 Jefri Nichol. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.