KEMUNCULAN pelakon Aprena Manrose yang sebelum ini dilihat tidak lagi mengenakan hijab ternyata menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat. Menjawab isu berkenaan, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, berkata, dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. “Saya tidak berani nak cakap apa sebab nanti akan ada tidak puas hati. Pakai tudung itu wajib tetapi saya juga manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya juga ada ujian saya sendiri.
Mungkin sebab saya orang kenal, jadi mereka ambil berat. Mereka sebenarnya tidak tahu apa saya lalui. Ya, buka tudung bukan alasan untuk hindar daripada masalah, berilah saya ruang dan peluang untuk perbaiki diri. Dan mungkin juga sebab saya daripada kecil tidak memakai hijab dan ini (pakai tudung) adalah benda baru untuk saya,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.