RIMAS dengan segala persoalan warganet berhubung isu peribadi, pelakon Azri Iskandar meminta supaya peminat hentikan mengambil berat mengenai isu peribadinya. Mengulas perkara itu, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata perkara itu memberikan kesan negatif kepadanya apabila terlalu sibuk ingin mengetahui soal hubungan percintaannya sebelum ini.
“Bila keterlaluan tu memang saya rimas tapi sekadar ingin tahu untuk pengetahuan atau hal sepatutnya jadi itu tiada masalah. Artis dengan peminat memang macam tu tapi kalau terlebih jadi tak baik dan peningkan kepala saya pula nanti. Kalau warganet nak tahu hal bekas isteri tiada masalah tapi mereka banyak nak tahu mengenai kahwin baru tu dan sekarang ni tiada jodoh mungkin dengan orang lain pula,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Azri dan bekas isterinya iaitu Ellie Suriaty bakal bergandingan dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan pada Syawal pertama nanti. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.