Digosipkan sedang bercinta, pelakon Fattah Amin tampil memberi respon berhubung dakwaan membabitkan dirinya dengan penyanyi Amira Othman. Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, memberitahu, dia dan Amira hanya berkawan. Enggan mengulas mengenai soal jodoh, aktor itu menyambut baik doa peminat yang mahu melihatnya bahagia.
“Kami berdua kawan, baru hari itu ada berjumpa dengan dia dekat konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Doakan sahaja yang baik-baik, saya bukan berkawan dengan dia sahaja tetapi kawan dengan semua orang. Kalau peminat dan orang di luar sana mendoakan yang baik, saya aminkan. Tapi kalau bercakap fasal jodoh, saya tak boleh ulas.” Fattah menjawab dakwaan tersebut ketika ditemu bual oleh Melodi.
Dalam pada itu, Fattah turut mengulas mengenai tanda pagar yang digunakan pada sebuah hantaran miliknya dikatakan tajuk lagu Amira berjudul ‘Hati-Hati’. “Itu biar saya sahaja yang tahu. Lagi pula itu posting lama. Saya buat posting dengan hashtag tersebut sebab macam berkaitan. Tiada apa-apa maksud lain, kalau ada yang buat andaian sendiri ikut suka mereka. Masing-masing ada pemahaman sendiri.
Jodoh, ajl tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah. Saya sibuk bekerja tak fikir fasal jodoh.” Sejak kebekalangan ini, nama Fattah dan Amira menjadi bualan apabila timbul dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa. Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan keakraban antara mereka sekadar gimik pemasaran. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.