Siap ada yang dapat token tambahan, Hafiz Mahamad muat naik video bagi bonus pada pekerja

Sebagai tanda penghargaan, usahawan pempengaruh media sosial iaitu Hafiz Mahamad menghadiahkan bonus dua hingga tiga bulan gaji buat para pekerjanya. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafiz memaklumkan dia sudah memberikan hadiah bonus tersebut kepada semua pekerjanya sejak mula berniaga kira-kira lapan tahun yang lalu. Ujar pemilik nama Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad ini, dia memberikan bonus tersebut kerana mahu semua pekerjanya hidup senang dengan cara mengajar mendidik mereka untuk menyimpan.

“Setiap tahun kalau raya atau awal tahun, pasti akan ada ‘surprise bonus’ tapi tahun ini saya tak tahu ia akan menjadi surprise lagi tak pada mereka. Saya nak semua senang di sini. Alhamdulilah ada staf yang dah berjaya ada simpanan sebanyak RM50,000 walaupun baru empat tahun bekerja. Saya sangat tegas bab menyimpan kerana saya nak semua (bekerja) dekat sini senang.”

Selain bonus, Hafiz memaklumkan bahawa dia ‘mengajar’ pekerjanya untuk menyimpan dengan cara memberikan beberapa ‘benefit’ sepanjang mereka bekerja di syarikatnya. “Macam mana mereka boleh menyimpan? Makanan setiap hari disediakan, kos bersalin akan ditanggung syarikat sebanyak 50% dan jika ada yang susah, kita akan bagi ‘financial support’.” Di akhir perkongsian, Hafiz berharap agar pekerjanya seronok dan bersyukur serta tidak mudah leka dengan pemberiannya itu. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Hafiz dimurahkan rezeki dan perniagaannya akan menjadi lebih maju di masa akan datang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *