SEKADAR berbalas komen, penyanyi Irfan Haris tiada niat cuba mencelah atau mengambil kesempatan di sebalik isu membabitkan kakaknya iaitu Amira Othman. Irfan atau Ifran Haris Othman, 24, berkata tindakan dia membalas komen Fattah Amin sekadar menghormati pelakon berkenaan yang meninggalkan komen di akaun TikTok miliknya. “Saya tiada niat pun nak mencelah, sekadar balas komen sahaja sebab dia minta untuk berduet dengan kakak saya.
“Saya tidak mesej dia secara peribadi untuk mendapatkan perhatian itu dan saya bukan orang seperti itu untuk meraih populariti,” katanya ketika dihubungi. Mengulas mengenai perancangan bakal berduet bertiga, Irfan memberitahu dia masih belum ada perbincangan mengenai perkara itu. Malah segalanya diserahkan kepada Fattah sekiranya pelakon berkenaan serius dengan komen tersebut.
“Saya rasa kena tanya tuan badan, saya pun buat cover lagu itu saja-saja tak sangka pula Abang Fattah komen,” luahnya. Dalam pada itu, Irfan memberitahu dia sentiasa menyokong segala keputusan Amira berkaitan memilih pasangan hidup. Katanya, kegembiraan kakaknya merupakan keutamaan walaupun dengan siapa pasangan yang dipilih. “Sejujurnya kakak saya tidak ada kongsi apa-apa dengan saya mengenai dia dan Abang Fattah. Saya pun tidak tahu apa-apa.
Sebagai adik saya okay sahaja. Kalau betul itu jodoh mereka, saya hanya boleh doakan yang baik-baik. Apa-apa jadi saya akan berada di pihak kakak saya. Keutamaan saya adalah kakak saya, kalau dia gembira saya sokong sahaja,” kongsinya. Sebelum ini, Fattah tinggalkan komen yang meminta izin untuk berduet dengan Amira selepas Irfan menyanyikan lagu Wanita Terakhir di TikTok. Namun Irfan membalas agar mereka berduet bertiga sekali gus mengudang pelbagai reaksi warganet.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.