Selalu ingatkan anak pasal solat, Nora Danish tak mahu anak jadi macam dia

Pelakon Nora Danish ingatkan anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli mengenai kewajiban menunaikan solat lima waktu sebagai seorang Muslim. Nora Mohd. Danish Hanif berkata, dia enggan Rayqal mahu pun anaknya seorang lagi, Mohamed Neqayl mengalami nasib sepertinya apabila harus menggantikan solat yang tertinggal selama ini. Menurut aktres berusia 42 tahun, ibu bapa juga tidak boleh penat untuk mengingatkan anak-anak mereka mengenai solat.

“Budak-budak memang kena ingatkan (solat) mereka sepanjang masa terutamanya anak lelaki, setuju tak? Jangan pernah letih ibu-ibu semua. Kalau tak, kena ganti solat qada macam mommy sekarang. Jenuh nanti,” katanya dalam hantaran InstaStory. Nora turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Rayqal yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 7 Januari lalu. Dalam perbualan tersebut, Nora hanya minta Rayqal melaksanakan solat lima waktu supaya kehidupannya sentiasa dilindungi Allah.

“Selamat hari jadi. Apa yang mommy nak adalah Rayqal solat lima waktu sehari dah zikir, Allahuakhbar. Dari solat dan zikir itulah Allah akan lindungi awak,” ujarnya. Untuk rekod,  Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan berpisah pada 2008. Rumah tangga mereka diserikan dengan seorang cahaya mata iaitu Rayqal.

Nora kemudiannya berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl,6,  namun berpisah pada 16 Jun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *