Teruk kena kritik dengan warganet, Sophia Albarakbah akui tak sengaja pakai baju yang menjolok mata

Advertisements
Advertisements

Pelakon Sophia Albarakbah tak sengaja tayang lurah berhubung penampilannya di sebuah acara fesyen baru-baru ini mengundang kecaman ramai apabila dikatakan berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian dadanya. Sophia atau nama sebenar Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman berkata, pilihan busana itu dilakukan bagi menghormati karya pereka fesyen yang telah menaja pakaiannya pada malam tersebut.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu penampilan mencolok mata sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja. Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,”ujar aktres berusia 32 tahun itu. Dalam masa sama, Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 itu menafikan dakwaan dirinya sengaja mencipta kontroversi untuk tujuan publisiti.

“Kita tidak boleh elak daripada kritikan orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya. Saya tahu sebagai seorang figura, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini. Saya tidak rasa sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang memilih bercakap tentang saya,” ujarnya. lagi.”

Terdahulu, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet di media sosial selepas penampilannya dikatakan terlalu mencolok mata. Menerusi hantaran seorang jurusolek di Instagram, Sophia dilihat menggayakan busana hitam yang menampakkan lurah dadanya ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Sophia menjadi wajah rakan strategik butik Amber iaitu sebuah jenama di bawah Usanita Sdn Bhd menumpukan pada produk kecantikan dan fesyen.

Selain Sophia, pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Fattah Amin turut dipilih sebagai wajah rakan strategik Amber. Untuk info, Amber diusahakan oleh Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan selepas mempunyai beberapa cabang lain seperti Usanita Entertainment yang bakal menerbitkan filem dan telefilem.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *