Tak kisah kalau berjodohan dengan duda, Amira Othman tampil menjawab tentang gosip dirinya ada hubungan dengan Fattah Amin

Penyanyi Amira Othman mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Fattah Amin. Mengakui banyak hati perlu dijaga, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, berharap kontroversi yang terpalit dengan dirinya tidak menjejaskan nama serta kerjaya.

“Saya tidak sangka orang bercakap tentang ini (dakwaan bercinta dengan Fattah). Kalau dulu orang tanya kenapa saya langsung tiada kontroversi, tiba-tiba sekarang nama terpalit kontroversi. Nak komen lebih-lebih pun tidak boleh, harapnya kontroversi ini tidak memudaratkan. Saya kena jaga banyak hati termasuk hati mak ayah saya. Harapnya perkara ini tidak menjejaskan nama saya.” Amira menjawab mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.

Bagaimanapun, pelantun lagu Hati-Hati itu mengakui Fattah adalah seorang lelaki yang baik. “Fattah adalah rakan sekerja, kami jumpa atas dasar kerja. Mana baik kita aminkan. Fasal hubungan memang tiada, kami hanya kawan. Fattah seorang yang sangat baik.” Disoal mengenai jodoh, Amira tidak menolak takdir sekiranya disatukan dengan lelaki berstatus duda, namun bukan dengan suami orang lain.

“Jika mahu berkahwin, saya tidak kisah pun jika dia duda ada anak satu, dua, tiga atau selebihnya. Status tidak penting, asalkan bukan suami orang. Suami orang tidak, kalau bujang atau duda itu tidak menjadi masalah. Perkara itu juga tidak menjadi ukuran kerana Allah sahaja tahu yang terbaik.” Sejak minggu lalu, nama Amira menjadi bualan netizen di media sosial susulan didakwa sedang menjalin cinta dengan Fattah.

Pun begitu, Fattah menerusi satu kenyataan tidak mengiyakan mahupun menafikan, sebaliknya mengakui mereka berkawan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *