Aliff Syukri dapat tawaran sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, terkejut tengok gaji pokok je dah mencecah ratusan ribu

Advertisements
Advertisements

Usahawan popular, Dato Seri Aliff Syukri kini dilema selepas menerima tawaran pelantikan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) daripada sebuah syarikat yang menawarkan gaji dipercayai RM300,000. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, pihak syarikat tersebut percaya dengan kemahiran Aliff yang mampu untuk memberikan anjakan positif untuk membangun perniagaan mereka. “Patut ke saya ambil tawaran ini? Nak ke tak nak? Kang staf baru terus terkejut dengan makian papa ni,” ujarnya.

Sekiranya Aliff menerima tawaran tersebut, dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai CEO pada 15 Februari ini dan elaun khas juga disediakan berjumlah RM15,000. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong dan mencadangkan supaya Aliff menerima tawaran tersebut berbanding bekerja keras untuk mengeluarkan lagu.

Pun begitu, ada juga segelintir warganet menganggap gaji yang ditawar oleh syarikat terbabit buat Aliff tidak memadai dan meminta usahawan itu untuk terus fokus pada perniagaannya sendiri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *