SELEPAS beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, pelakon Azri Iskandar kini lebih berhati-hati berkongsi kisah peribadi kepada umum. Mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Islandar, 56, bagaimanapun belum bersedia bercerita lanjut tentang wanita berkenaan. “Saya tak mahu cakap fasal hubungan. Kami masih peringkat berkawan. Kenal hati budi dulu, kalau sudah betul baru saya cerita. Takut nak kongsi sebab takut tidak menjadi. Malu sebab perkara itu diperkatakan. Harap tidak berulang lagi.
Tidak sesuai usia macam saya nak cakap soal cinta,” katanya. Azri mengulas perkara itu ketika hadir ke sidang media khas bekas isterinya iaitu pelakon Ellie Suriaty yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis. Aktor itu turut hadir bersama wanita tersebut pada acara berkenaan. Dalam pada itu, Azri memberitahu wanita tersebut merupakan rakan kepada bekas isterinya.
Dua anak-anak mereka juga tidak menghalang dia berkawan rapat dengan wanita tersebut. “Dia kawan kepada Ellie. Bekas isteri yang minta kami berkawan. Baru kenal dalam dua bulan. Anak-anak juga tiada masalah untuk saya berkawan dengan sesiapa. Apa yang penting saya sihat dan gembira,” ujarnya.
Bercakap lanjut, pelakon ini tidak pernah menutup pintu hati sekiranya bertemu dengan pasangan sesuai sebagai pasangan hidup. Jelas Azri, apa yang berlaku sebelum ini turut memberi kesan kepada emosinya namun menganggap bukan jodohnya. “Kes sebelum ini tidak semua diceritakan secara sepenuhnya dan sebenar-benarnya. Tapi tiada siapa yang salah cuma keadaan tidak mengizinkan.
Bukan jodoh kami tapi saya tak pernah tutup pintu hati. Kita hidup perlukan pasangan,” ujarnya. Selepas berpisah dengan Ellie pada 17 Mei 2023, Azri pernah dikaitkan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Dr. Azra namun kisah mereka tidak bertahan lama. Perkara sama terjadi selepas rapat dengan usahawan yang juga kenalan Ellie dikenali Datuk Noora Kay tahun lalu.
Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie berpisah talak satu pada selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 20, dan Nur Azreen, 16. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.