Banyak luangkan masa mendalami ilmu agama, 4 bulan ditahan Eda Ezrin dah faham bahasa Thailand

Advertisements
Advertisements

Setelah hampir empat bulan di penjara Wilayah Narathiwat, penyanyi terkenal Kelantan Eda Ezrin berkata dia alami penurunan berat badan selain mampu faham bahasa Thailand selepas mengikuti kelas. Menurut laporan Sinar Harian, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, tidak dapat tidur lena apabila memikirkan hari perbicaraan yang bakal menentukan nasibnya pada 6 Mac ini. Ujar Eda, dia banyak meluangkan masa mendalami ilmu agama sepanjang berada dalam tahanan dan menyertai aktiviti yang disediakan.

“Setiap malam saya solat sunat hajat memohon pertolongan ALLAH untuk memudahkan urusan. Dengar penghuni lain di sini bercakap, saya faham, Tetapi saya hendak bercakap tidak pandai. Di sini saya banyak menghabiskan masa mengaji al-Quran, belajar agama dan melakukan beberapa aktiviti lain yang disediakan,” katanya. Selain daripada menu yang disediakan oleh pihak penjara, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu boleh memilih makanan apa yang ingin dimakan dan penghuni lain diberi peluang untuk membeli pelbagai juadah yang dijual.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik di sini, banyak buat amal. Saya anggap apa yang berlaku ini adalah teguran daripada Allah, mungkin sebelum ini banyak lalai,” ujarnya. Sekadar info, Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan 6 Mac sebagai tarikh bagi keputusan kes penyanyi wanita itu bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat lagi rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, Zuhaira Nasrin, 26, dan Erdieka Mohd Noor, 33.

Keputusan itu dibuat selepas kesemua saksi pendakwaan dan suspek selesai memberi keterangan selama tiga hari bermula pada 11, 13 dan 14 Februari. Terdahulu, kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah memiliki sejumlah 6,059 biji pil yaba sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *