SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, umum mengetahui kehidupan peribadi pelakon Puteri Sarah Liyana dilanda pelbagai kontroversi. Sudah melepasi fasa ‘ribut’ dalam kehidupannya, Sarah, 40, memberitahu tiba masanya dia mengutamakan ketenangan hidup dan tidak lagi terperangkap dalam perkara yang tidak membawa sebarang kebaikan. Kata Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, mengungkapkan hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perasaan sakit hati dan gosip yang tiada kesudahan.
“Kita sudah terlalu tua untuk mempermasalahkan sakit hati dan gosip sana sini,” katanya. Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Khamis. Dalam pada itu, Sarah menekankan pentingnya fokus kepada kedamaian dan ketenangan jiwa seiring dengan usia yang semakin matang Malah dia lebih memilih untuk terus belajar serta mengejar hidup yang lebih bermakna dan bebas daripada perkara-perkara tidak penting.
“Kita hanya perlu rezeki yang terus mengalir, fikiran yang tenang, sifat yang matang dan terus mempelajari banyak perkara,” ujarnya. Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Syamsul Yusof pada 2014 namun mereka sah berpisah pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah yang kini berusia 6 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.