Tak boleh harapkan pengasuh dan pembantu rumah, Intan Najuwa dedah jadi ibu cukup memenatkan

Advertisements
Advertisements

Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu di pernah bergegas ke hospital tiga kali dalam seminggu kerana terlalu bimbangkan kesihatan anak sulungnya, Imane Lunara. Memetik Kosmo, Intan berkata dia turut diberi amaran oleh doktor untuk lebih bertenang kerana kerap ke hospital atas sebab kecil. “Sebenarnya saya rasa anak macam ada berkahak sedikit, tapi saya punya menggelabah. Rasanya minggu ini (minggu lalu) saja sudah tiga kali saya ke hospital.

Sikit tidak kena saja, saya akan ke hospital, tidak tahulah kenapa mungkin paranoid atau terlebih fikir sebab pertama kali menjadi ibu. Rasa bukan saya saja yang begini, ibu-ibu lain di luar sana pun sama. Sampai doktor kata anak saya okey barulah saya boleh tidur dengan tenang,” katanya. Sementara itu, Intan mengakui menjadi seoang ibu cukup memenatkan dari segi mental dan fizikal meskipun mempunyai pengasuh dan pembantu rumah.

Tambahnya lagi, disebabkn itu juga dia tabik dengan ibu-ibu di luar sana yang boleh menguruskan anak sendiri dan tidak ada pembantu. “Walaupun saya ada pengasuh dan pembantu rumah tetapi kita tidak boleh harapkan orang lain, sebaliknya kita sendiri harus memainkan peranan sebagai ibu. Perkara itu yang penat bagi saya. Sebab itu, saya tabik hormat untuk ibu-ibu di luar sana yang tidak ada pembantu dan menguruskan anak sendiri, juga kepada yang ada anak lebih daripada seorang, kalian semua memang hebat,” katanya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023. Intan selamat melahirkan cahaya mata pertama diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *