Seperti ramai sedia maklum, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri merupakan seorang individu yang tidak pernah duduk diam dalam mencari rezeki. Selepas berjaya dalam bisnes menjual jeruk mangga, usahawan berusia 37 tahun itu dilihat tampil dengan perniagaan baharu menjual buah kurma sempena bulan Ramadan. Menerusi perkongsian terbaharu isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid, dapat dilihat Aliff sedang sibuk menjual buah tersebut menerusi sesi siaran langsung yang dibuatnya. Klik sini untuk lihat video.
Apa yang menghiburkan ialah, Shahida berseloroh memaklumkan dirinya ‘tidak tahan’ dengan Aliff yang mempunyai bermacam-macam idea untuk berniaga bagi menambah pendapatan. “Kurma pula? Dah habis (jual) jeruk dia jual kurma pula. Aku penatlah. Dah tak nak dengar, pening. Nama kurma tu medjool, nak jual kurma tapi sebut tak betul.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu. Warganet juga mendoakan agar Aliff dimurahkan rezeki dan urusan perniagaannya dipermudah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.