Tindakan pelakon Azar Azmi yang hilang dari radar industri hiburan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat. Terbaharu, menerusi hantaran oleh seorang individu yang dipercayai anak saudara kepada Azar, telah memuat naik fotonya bersama aktres tersebut di platform TikTok. “Dia mak cik saya yang paling ting tong.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bertanyakan tentang keberadaan Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi.
Menurut individu tersebut, Azar tidak mahu lagi bergelar seorang aktres malah ingin menumpukan perhatiannya kepada perniagaan. “Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres. Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja. Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon. Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul.” Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, individu berkenaan juga menafikan bahawa aktres berusia 35 tahun tersebut sudah mendirikan rumah tangga sekaligus menepis spekulasi yang hangat diperkataan sebelum ini. “Dia belum berkahwin. Semua itu dusta, warganet ini ada-ada je.” Walau bagaimanapun, para peminat tetap meluahkan rasa kerinduan mereka untuk melihat Azar kembali beraksi sebagai pelakon.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.