Pempengaruh dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz selit cashback di set berus solek yang dijual istimewa kepada para pembeli produk keluarannya yang bertuah. Menerusi video yang dikongsi MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabilah binti Zulyadaini di TikTok, dia telah memuat naik momen sewaktu suaminya menyusun not kertas ke dalam sampul duit untuk dihantar bersama pesanan produk kepada para pembeli.
Dapat dilihat ‘cashback’ yang diberi nampaknya agak besar apabila wang kertas bernilai RM10 dan RM50 terlihat disusun di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam sampul. Dia juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang bertuah mendapatkan cashback serta berkesempatan untuk membeli produk keluarannya. Klik sini untuk lihat video.
Walau bagaimanapun, Bellaz terbuka menerima sebarang kritikan dan saranan daripada para pembeli dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaan kecil-kecilannya. Dia turut menjelaskan bahawa video yang dikongsi ini dibuat selepas semua parcel dipos dan diterima oleh para pembeli. “Video ni di upload selepas barang semua dah dipos dan diterima pelanggan. Tahiah kepada yang bertuah dapat Cashback dari Bellaz. Rezeki la kata…” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji kebaikan yang dibuat oleh pempengaruh itu ketika mencari rezeki. Walaupun ada yang mengatakan produk dikeluarkan MUA Bellaz itu agak mahal, namun ramai berpuas hati dengan kualitinya kerana sangat bagus sewaktu digunakan.
Semoga terus dimurahkan rezeki buat mereka yang rajin bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.