Muat naik video suami sempena hari bapa, Atikah Suhaime akui ada sebab kahwin lambat

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime berkongsi sebab dia memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia lewat. Bersempena dengan Hari Bapa pada Ahad, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, memuat naik satu hantaran istimewa buat suaminya. Dalam perkongsian video itu juga dia menjelaskan sebab dia berkahwin lewat. “Ada sebab kenapa saya kahwin lambat. Anak tidak boleh memilih siapa untuk jadi bapanya, tetapi awak (wanita) boleh pilih siapa yang boleh jadi bapa terbaik untuk anak.” Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu juga bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan penyayang. “Alhamdulillah, saya berasa bertuah kerana mempunyai suami yang selalu memberi sokongan terhadap saya. Semoga Mulan menjadi anak yang pintar dan kaya raya seperti bapanya. Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berkata alasan yang diberikan sangat kukuh kerana ia memberi kesan besar dalam kehidupan anak-anak.

Komen tersebut kemudiannya mendapat perhatian Atikah dan dia mengatakan dirinya sangat mengambil serius tentang perkara itu kerana memberi impak besar dalam institusi kekeluargaan. “Ia sangat penting. Selalu tengok kawan saya salah pilih suami. Merana anak dan isteri.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.