Penyanyi MK K-Clique meraih perhatian warganet kerana membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini. Menerusi hantaran di TikTok, seorang jurusolek yang dikenali sebagai Zulyasrani telah memuat naik video momen ketika MK dan gandingannya Meerfly sedang didandan. Klik sini untuk lihat video.
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/E918E0E0-E87A-4B1D-B0CB-B9C431D8ED8E-206x300.jpeg)
Paling menarik perhatian, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan penyanyi rap berusia 29 tahun itu yang mengisi masa dengan membaca Al-Quran. “Suka tengok MK baca Al-Quran masa sedang bersolek. MK sempat mengaji sebelum persembahan. Bagus MK baca Al-Quran dulu sebelum ke pentas.”
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji MK yang menggunakan khidmat jurusolek lelaki. Terdahulu, MK bersama Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly dan Tuju merupakan salah seorang finalis di pentas AJL39. Pada malam yang penuh berprestij itu menyaksikan lagu Hening Rindu ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh yang dinyanyikan oleh Marsha telah dinobatkan sebagai juara.
Manakala naib juara dimenangi oleh Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan Akim & The Majistret yang membawa lagu Saksama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.