Risiko kalau berniaga, Shuib akui dibebani hutang mencecah puluhan juta ringgit

Advertisements
Advertisements

Pelawak Shuib mengaku dibebani hutang perniagaan sehingga puluhan juta ringgit seperti mana yang didedahkan oleh sahabatnya, Mamat sebelum ini. Menurut laporan Berita Harian, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad menyifatkan hutang-hutang itu adalah cabaran serta risiko apabila menjalankan perniagaan.

“Hutang saya lebih kepada hutang berniaga termasuk dengan badan kerajaan. Contohnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan cukai… Semuanya membabitkan perniagaan. Inilah risiko berniaga. Kalau berniaga kecil-kecil tidak pening sangat. Tetapi apabila perniagaan besar, memang ada cabarannya. Apabila jualan sudah capai puluhan ribu ringgit, kita rasa besar.

Kemudian, ratusan ribu ringgit, sekarang, berjuta-juta ringgit, jadi risikonya pun besar. Tiada niaga juta-juta, risikonya kecil. Kata orang, besar periuk besarlah keraknya,” katanya. Pun begitu, dia menegaskan perniagaannya masih dalam keadaan baik dan kini perlu fokus dalam mengurus dan merancang strategik dengan lebih baik untuk masa depan.

“Kalau tersalah urus dan rancang, memang berdepan risiko, tetapi saya okay sahaja. Jika ahli perniagaan, perkara ini adalah normal. Baru hebat niaga juta-juta ringgit. Saya takkan berhenti dengan rasa yakin. Saya pegang satu sahaja, selagi tidak berhenti, kita belum gagal… Perniagaan saya masih berjalan. Banyak benda kena betulkan. Saya sebenarnya tidak pandai dan hanya budak kampung. Tetapi Allah bagi rezeki. Saya anggap satu anugerah. Tahu atau tidak, kena buat jadi tahu,” katanya.

Terdahulu, Mamat atau nama sebenar, Mohd Noor Murad mahu mendoakan agar urusan sahabat baiknya itu yang diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah bebanan hutang dipermudahkan. Difahamkan, mereka akan terbang ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah bersama pada Hari Raya Aidilfitri ketiga.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *