Pelakon, Syafiq Kyle memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan pernikahannya bersama isteri yang juga merupakan aktres jelita, Mimi Lana. Ketika ditemui, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, keputusan untuk melangsungkan pernikahan tanpa hebahan media adalah kerana mahu menghormati keputusan keluarga. Tambah Syafiq, dia dan Mimi merasakan adalah lebih wajar jika berita baik itu dikongsikan pada hari pernikahan mereka.
“Kenapa memilih untuk ‘suprise’? Sebab, jalan yang saya buat untuk sampai ke hari nikah, hanya ‘necessary’ sahaja. Apa yang saya buat atas kehendak dan persetujuan keluarga. Jadi, saya hormat Mimi dan dia juga hormat saya. Perkara ini juga dibincangkan dengan pengurus. Kami ambil pendekatan untuk umum pada hari nikah, itu lebih baik.” Syafiq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod akhir ‘Gadis Masa’ bertempat di Aloft Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Selain Syafiq, drama bersiri ‘Gadis Masa’ ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Mira Filzah, Tracie Sinidol, Haziq Hussni dan ramai lagi. Dalam pada itu, pelakon filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ memaklumkan dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana hubungannya dengan Mimi berakhir dengan ikatan perkahwinan. “Alhamdulillah, doa anda sentiasa ada dan membawa kami ke jinjang pelamin. Terima kasih doakan yang baik-baik.
Boleh dikatakan bahawa rumusan hidup saya, orang boleh buat bermacam-macam andaian tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik.” Ditanya mengenai perancangan bulan madu, pelakon berusia 32 tahun itu memaklumkan dia mempunyai jadual kerja yang agak padat sehingga penghujung Ramadan. Walau bagaimanapun, Syafiq merancang mahu berbulan madu bersama Mimi selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Kami sibuk sampaikan nak bercuti pun tak sempat lagi, banyak habiskan masa di Taiping sahaja tempoh hari. Lepas ini pula dah masuk Ramadan, jadi kami cadang mungkin selepas raya nanti.” Untuk rekod, kedua pasangan merpati dua sejoli itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan. Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Selepas melalui fasa turun naik dalam percintaan, Syafiq dan Mimi kemudiannya sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin perempuan bertempat di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu. Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.