Berharap anak masuk dalam mimpi, Zaquan Adha luah rasa sunyi sangat tanpa anak bongsu

Advertisements
Advertisements

Bekas pemain sayap pasukan bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya iaitu Muhammad Aisy Al Rees yang pergi menghadap illahi dalam tidur, dua hari lalu. Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak ini memuat naik foto tilam serta bantal kepunyaan Raees. Ujar Zaquan, kehidupannya menjadi sangat sunyi sejak pemergian anak bongsunya itu di sisi.

Bekas pemain sayap Johor Darul Takzim (JDTFC) ini turut mendoakan agar roh Raees berada dalam keadaan bahagia dan tenang. “Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana.” Menerusi hantaran lain, Zaquan turut memuat naik gambar Raees yang sedang senyum kegembiraan. Zaquan kemudiannya berharap agar dapat tidur bermimpikan Raees kerana terlalu rindu akan sosok tubuh anak bongsunya itu.

“Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy. Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan, ya Allah.” Pada Selasa, Zaquan memaklumkan berita sedih mengenai pemergian anak ketujuhnya itu menerusi hantaran di IG Story. Sekadar info, Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari. Selain Aisy, Ayu dan Zaquan yang mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 turut mempunyai enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang kini berusia setahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *