Masih belum terfikir untuk kembali berumahtangga, Adira Suhaimi nafi dah rujuk dengan Datuk Red

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Adira Suhaimi menepis spekulasi bahawa dia bakal rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red selepas Aidilfitri ini. Menurut Adira, kenyataan yang dibuat Datuk Red sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata. “Datuk Red memang suka bergurau, dia suka main cakap saja. Bila ada orang tanya dalam sesi ‘live’ sama ada kami dah rujuk, dia terus jawab ‘sudah’.

Tapi yang kenal dia, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada apa-apa berita gembira daripada kami,” katanya. Buat masa ini, Adira mengakui masih belum terfikir untuk kembali berumah tangga dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang. “Ramai yang mendoakan, tapi saya belum sampai ke tahap itu. Saya tak fikir pun nak ada orang lain sekarang. Saya lebih fokus besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya sangat perlukan saya. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada pun, tak mengapa,” tambahnya.

Menurut laporan Harian Metro, Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment, di mana dia turut melancarkan lagu raya baharunya bersama Black Hanifah berjudul Syawal Rindu. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum berpisah pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun bersama. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3, yang kini berada dalam jagaan Adira.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *