Pelakon popular, Datin Intan Najuwa bawa anak, Imane Lunara bersama pembantu-pembantu lain bercuti di sebuah hotel telah berjaya tarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid di laman TikToknya, mereka akan meluangkan masa di hotel itu selama tujuh hari. Pun begitu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela tersebut tidak mendedahkan secara terperinci mengenai percutian tersebut kepada umum. Klik sini untuk lihat video.

“Rumah untuk tujuh hari akan datang. Lunara bawa angels angels nya staycation,” kongsi Intan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggap cahaya mata sulung Intan itu bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga serba mewah.


Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Imane dibesarkan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya dan menjadi insan yang berjaya seperti keluarganya suatu hari nanti. Sekadar info, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.