PELAKON Anzalna Nasir akan membawa dua anak lelakinya mengikutnya bekerja sekiranya tiada dalam kalangan ahli keluarga dapat membantu menjaga mereka. Anak-anak adalah keutamaan dalam hidup, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, tidak akan sesekali tinggalkan mereka di bawah jagaan pembantu. Kata pelakon ini, dia kurang percaya anak-anak lelakinya dijaga pembantu dan lebih rela membawa mereka bersama ke tempat kerja.

“Jika keluarga tidak berkesempatan menjaga anak, saya akan bawa dia ketika bekerja. Saya tidak akan tinggalkan anak-anak dengan pembantu. Tidak! Anak-anak adalah keutamaan dan saya tidak akan tinggalkan mereka dengan orang yang tidak dipercayai,” katanya. Anzalna berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Khamis.
Dalam hantaran berkenaan dia kelihatan membawa anak keduanya iaitu Emirhan ketika menghadiri sesi pelancaran produk kecantikan. Tambah pelakon ini penat bukan alasan untuk mengabaikan anak-anak sebaliknya perlu memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjaga. Anzalna juga memberitahu dia sanggup tolak tawaran kerja sekiranya berlaku sebarang kecemasan melibatkan anak-anak di rumah.
“Penat memang penat tetapi lebih penting saya tahu mereka sentiasa dalam keaaan selamat. Saya juga sanggup tolak job di saat-saat akhir walau bayaran tinggi kalau anak tak sihat sebab duit boleh cari,” ujarnya. Malah dia juga tidak ambil pusing sekiranya ada pihak kurang senang dengan pendekatan dia membawa anak ke tempat kerja. Sebagai ibu, Anzalna sedar anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga.
“Saya yang melahirkan mereka dan anak-anak adalah paling berharga. Saya akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin selagi hidup,” luahnya. Untuk rekod Anzalna mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Hanif Zaki pada 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan, 3 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.