Bella Astillah muat naik video dalam kereta, tapi ini pula komen dari Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq kata Bella Astillah terlalu kuat kerja susulan melihat video perkongsian selebriti itu yang berada di dalam kereta dipenuhi dengan gantungan baju. Komen daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menarik perhatian ramai memandangkan keprihatinannya terhadap Bella membuatkan peminat teruja. Dalam komen berkenaan, Saddiq menyatakan Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 30 sebagai seorang wanita yang cukup kuat bekerja melihat kondisi keretanya. Klik sini untuk lihat video.

Mana tidaknya, gantungan baju dilihat memenuhi bahagian belakang kereta memandangkan dia menjadikan kenderaan tersebut sebagai rumah keduanya. Menerusi video yang dikongsi Bella, dia telah menyanyikan semula lagu berjudul Untukmu Aku Bertahan dendangan asal Afgan.

Dia juga meninggalkan kapsyen menyatakan sudah lama tidak membuat video sedang bernyanyi dan baru berkesempatan memandangkan mempunyai waktu rehat yang sebenar. Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada peminat pasangan yang digosipkan sedang bercinta itu. Rata-rata meminta agar Syed Saddiq segera menghalalkan Bella Astillah jika benar mereka sedang menjalinkan hubungan serius melihat daripada keakraban mereka.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astillah kerap menjadi perhatian netizen di media sosial apabila mengakui suka dengan kemesraan pasangan tersebut. Walaupun tahu yang mereka sedang menjadi duta untuk satu jenama pakaian terkenal, namun kebanyakan peminat berharap agar mereka betul-betul mempunyai hubungan yang serius.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *