Aktres dan penyanyi Fazura belanja lagu raya baru miliknya, duet bersama Syasya Rizal yang berjudul Raya Pum Pang menerusi sebuah siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini. Menerusi akaun @fazura.officialstore, pelakon berusia 42 tahun itu dilihat menyanyikan bahagian korus lagu tersebut dengan penuh ceria sambil menari menggerakkan badan mengikut muzik yang dipasang.
“Fazura belanja lagu Raya Pum Pang waktu siaran langsung hari tu love sangat,” tulis pengendali akaun TikTok berkenaan. Untuk makluman, lagu ciptaan komposer Mage, Ja’a, Glowrush, Nick Ariff itu semakin mendapat tempat di hati pendengar malah, video muzik rasmi yang dihasilkan sudah mendapat lebih 600,000 tontonan sejak dilancarkan pada 7 Mac lalu. Walau bagaimanapun, tindakan Fazura yang menyanyikan lagu Raya Pum Pang secara siaran langsung menerima lebih banyak kecaman berbanding pujian berhubung tahap vokalnya.
Berdasarkan pemerhatian di ruangan komen, rata-rata warganet menyamakan suara nyanyian pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu seperti usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang kerap dilabel sumbang. Namun, terdapat juga segelintir individu kagum dengan keyakinan dimiliki ibu kepada Nur Fatima Aisya itu yang memilih untuk menyanyi secara siaran langsung meskipun lontaran vokalnya sering dipertikaikan.




Untuk rekod, pada November tahun lalu, komposer dan penyanyi Ajai pernah memberi pendapat bahawa Fazura perlu menghadiri kelas vokal untuk memperbaiki nyanyian kerana tindakan tersebut boleh membuatkan seseorang penyanyi menjadi lebih bagus. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.