Jadikan hubungan macam kawan, Datuk Yusuf Haslam luah rasa syukur hubungan Syamsul dan Puteri Sarah dah kembali jernih lepas berpisah

Advertisements
Advertisements

‘Jangan bermusuh walau dah bercerai’. Demikian kata pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam selain meluahkan rasa syukur apabila hubungan anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sudah kembali jernih selepas berpisah pada 2023. Yusof berkata, mereka sudah terbuka untuk bersama dalam sebarang acara keluarga seperti majlis berbuka puasa yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

“Kami sekeluarga ada berbuka bersama termasuk Puteri Sarah, Syamsul dan besan lain. Saya mahukan itu, kalau ada perpisahan berlaku jadikan hubungan seperti kawan. Janganlah bermusuh dengan isteri atau suami. Dunia ini kecil sahaja, pusing-pusing akan jumpa balik. Kalau ada sahabat yang sebelum ini kita bergaduh atau berselisih faham, ambillah jalan berdamai,” katanya.

Dalam masa yang sama, Yusof bersyukur kerana Syamsul telah kembali kepada keluarga dan akan menyambut Aidilfitri bersama tahun ini. Oleh itu, Yusof menasihatkan agar sebarang perselisihan dalam keluarga diselesaikan dengan damai, serta menghindari sifat ego demi keharmonian bersama. “Jangan simpan dalam hati kerana tidak akan tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.

Begitu juga saya lakukan, sekiranya ada buat salah, saya sendiri akan minta maaf. Bukan apa, kadang-kadang semua ini ego sahaja. Saya fikir tak mengapa mengalah demi mencari kedamaian. Begitu juga dengan isteri, kalau bergaduh saya juga akan ambil langkah mengaku salah supaya keadaan tidak jadi lebih keruh,” katanya lagi. Syamsul sebelum ini dilaporkan tidak kembali ke rumah ibu bapanya selepas berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar pada 6 Januari 2023.

Namun, selepas 21 bulan mendirikan rumah tangga, Syamsul melafazkan talak satu terhadap Ira pada 5 September tahun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *