ENGGAN berdiam diri, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali akhirnya tampil bersuara menjawab tuduhan netizen yang mendakwanya memandai-mandai mendaftarkan persekolahan anak tiri iaitu Ameena. Menyedari status dirinya sebagai seorang ibu tiri, Siti Zulaikha atau lebih mesra dengan sapaan Mama Tiz berkata dia sentiasa berpada-pada menguruskan keluarga dan enggan berlebih-lebihan dalam setiap perkara.
“Kita ini kalau jadi orang luar pun rilek-rilek saja. Tak pernah pula saya menafikan Ameena ini ada mak kandung. Saya pun sedar diri saya mak tiri,” katanya ketika membalas salah satu komen di hantaran Instagram suaminya. Dalam pada itu, Zulaikha turut memberitahu suaminya itu tidak culas dalam memberi nafkah walaupun tidak semewah yang dimahukan. “Nafkah pun setiap bulan Fizi bagi kan? Tak berbelas ribu pun tapi Fizi bagi atas kewajipan bapakan? Bukan tak bagi langsung macam yang dicanangkan.

“Saya takkan susahkan diri saya untuk nak daftarkan anak tiri saya sekolah sebab mak ayah kandung Ameena wujud dan hidup lagi,” luahnya. Dalam pada itu, dia berharap orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen dan tidak terlalu mengikut emosi memandangkan kita berada bulan Ramadan. “Kan elok bertanya dari melulu fitnah. Benda kalau tak tahu bertanya dan belajar. Bukan buat pandai awak. Sabar awak.
Isu ni rasanya isu kami, awak yang terlebih lebih marah ini. Sabar. Puasa kan?” ujarnya. Zulaikha turut mendedahkan ada mengemaskini maklumat terkini persekolahan anak sulungnya selepas menerima arahan daripada guru kelas. Malah, dia sudah berpengalaman menggunakan Sistem pengurusan Identiti (idMe) yang digunapakai selama ini.
“Dalam kedua belah pihak, dah tentu tentu anak saya paling besar. Saya dah pakai sistem idMe ini beberapa tahun dulu disebabkan anak saya sekolah Cina dari dari darjah satu dan pra sekolah dua tahun. Dah tentu penjaga utama itu atas nama saya sebelum saya berkahwin dengan suami saya. Tapi bila dah kahwin, cikgu kelas yang suruh update details suami terkini dan tanggungan dibawah suami. Ameena dah sah-sah anak mereka berdua kan,” katanya lagi.
Pada Ahad, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian secara undang-undang dan bukannya di media sosial. Fizi turut meminta Shakilla tidak bersikap seperti kebudak-budakan dalam menyelesaikan hal berkaitan anak mereka di media sosial. Tindakan Fizi itu seolah-olah membalas kenyataan Shakilla atau Nur Shakilla Mohd Khoriri, 36, yang meluahkan rasa berang apabila mendakwa seorang individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena.
Shakilla mendakwa perbuatan individu berkenaan terbongkar apabila dia dalam dia cuba mendaftar persekolahan Ameena tanpa pengetahuannya. Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Disember 2021. Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.
Fizi kembali bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023 manakala Shakilla menamatkan status ibu tunggal dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.