Ramai yang tanya pasal kerja kosong, Khairul Aming raikan pekerja dengan bagi duit raya berkepuk setiap seorang

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh, Khairul Aming kekalkan tradisi rai staf apabila masih memberikan duit raya berkepuk-kepuk kepada mereka setiap seorang. Menerusi video yang dikongsi usahawan tersebut di media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 33 dia telah membawa stafnya yang berkerja di dua buah kilang untuk membeli baju raya serta barangan keperluan untuk Aidilfitri nanti.

Dia juga dilihat membawa para stafnya membeli baju raya serta memberikan duit raya berkepuk-kepuk di dalam sampul duit. Lebih menyeronokkan lagi, Khairul Aming turut membawa mereka semua berbuka puasa di hotel dan sangat bersyukur serta gembira kerana diberi rezeki untuk melakukan tradisi yang sama dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berasa ‘cemburu’ melihat keberuntungan staf di dua buah kilang milik usahawan itu kerana mendapat majikan yang cukup pemurah. Klik sini untuk lihat video.

Ada juga yang berseloroh bertanyakan kerja kosong di kilang pempengaruh tersebut kerana ingin merasai sendiri keuntungan berkhidmat di sana. Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar rezeki Khairul Aming terus dipermudah dan menjadi seorang yang pemurah agar dapat membantu lebih ramai orang.

Sekadar info, Khairul Aming mempunyai dua buah kilang yang memproses produk makanan jenamanya iaitu Sambal Nyet dan juga Daging Dendeng Berapi. Kedua-dua kilang tersebut berada di Kelantan dan para pekerjanya merupakan anak-anak tempatan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *