Ridzuan Ridzokumura tak dapat tahan sebak cerita anak mimpi arwah ibu, dia hntar mesej bagitahu ingin pergi selamanya

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura tidak dapat menahan sebak apabila anak tunggalnya berkongsi cerita bermimpi bertemu Allahyarham isterinya iaitu Akiko Okumura pada Isnin. Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anaknya iaitu Sky Taizo Okumura bermimpi ibunya menghantar mesej memberitahu ingin pergi buat selamanya.  

“Tadi sebenarnya dia baru lepas menangis dalam kereta. Sebelum dia nangis, abang nangis. Kami berdua menangis sahaja. Macam itulah, baru lagi (pemergian isteri) lama-lama insya-Allah okay.  Dia (Sky) kata semalam mimpi emaknya. Maknya mesej dekat dia kata nak pergi selama-selamanya. Lepas tu mak dia tulis bye. Sedihlah saya dengar tadi dia cerita dekat saya,” katanya. 

Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya pada malam Selasa.  Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan turut memuat naik video memaparkan anaknya bersama pelakon Zarina Zainuddin yang juga merupakan anak saudaranya sedang menikmati coklat pemberian seorang kenalan.  Kongsi Ridzuan, dia dan Sky pergi ke kediaman Zarina selepas mereka selesai berbuka di rumah. 

“Hari ini (Selasa) lepas berbuka datang rumah kakak sepupu Sky (Zarina),” ujarnya.  Pada 28 Februari lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya pergi menghadap illahi namun punca pemergian tidak didedahkan.  Bagaimanapun pada 4 Mac, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan wanita warga Jepun yang pergi di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan. 

Ridzuan menerusi  menerusi video siaran langsung di TikTok memberitahu dia langsung tidak menyedari Akiko terjatuh dari kondominium mereka kerana sudah tertidur terlebih awal pada hari kejadian.   Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *