Demi mencari rezeki dan tidak kenal erti penat lelah, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mula berniaga secara atas talian seawal 4 pagi. Berterima kasih kepada yang memberi sokongan, Aliff berkata, dia sebagai ketua keluarga perlu mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan. “Saya start berniaga seawal jam 4 pagi, kau rasa? Banyak tanggungjawab dan komitmen perlu dibayar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa sokong saya. Klik sini untuk lihat video.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok yang memaparkan gelagatnya sedang berniaga sambil membuat siaran langsung di sekitar kawasan rumah. Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji sikap bapa kepada enam cahaya itu yang membanting tulang mencari rezeki. Wargamaya juga berkata disebabkan kesungguhan Aliff mencari rezeki, hidupnya menjadi mewah.
“Tahu tak kenapa orang kaya makin kaya? Sebab mereka memang all out bekerja. Otak sentiasa fikir macam mana nak cari duit. Orang kaya tiada masa nak salah orang lain, tiada masa nak kecam atau cepat melatah. Orang kaya tak boleh duduk diam, Allah bagi sifat yang sentiasa kuat berusaha.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.