Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan pendidikan sangat penting untuk menjamin kehidupan seseorang di masa hadapan. Menurut pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad itu, perkara itu jugalah yang sering diterapkan dalam diri tiga anak perempuannya iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Ujarnya, dia tidak mahu anak-anaknya itu memilih ‘jalan’ mudah yang lebih kurang sama dengan kerjayanya ketika ini. Klik sini untuk lihat video.

“Pada saya, untuk seseorang itu jadi ‘somebody’ dia perlukan jadikan pendidikan itu sebagai kepentingan utama. Macam saya, dah ada anak nak besarkan mereka dan hantar ke sekolah. Pada saya mereka tak perlu ikut jalan yang saya pilih, jalan yang saya pilih ini susah. Jadi saya nak beri mereka pendidikan, pergi ke universiti dan jadi seorang yang lain macam doktor ke kan? Nabil berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast ‘Aididitmyway’ yang dikendalikan bekas personaliti TV3 iaitu Aidid Marcello.
Walau bagaimanapun, juara program Raja Lawak musim kedua ini tidak menolak sekiranya salah seorang anak mahu memilih untuk berada dalam dunia hiburan. Namun, anaknya itu tetap perlu mengutamakan pendidikan sebagai ‘backup’ kepada kerjaya yang tidak menentu itu. “Saya ada dalam dunia hiburan dan kalau anak-anak juga pilih untuk berada dalam dunia yang sama, mungkin sebab ‘cable’ dah ada.
Sebagai contoh anak saya boleh mengacara tapi saya nak mereka jadi pengacara yang ada ijazah sarjana (PhD) atau ada satu ‘basic’ supaya ada ‘backup’. “Sebab kerjaya ini kalau tak ada pelajaran dan bila sampai waktunya untuk habis, habislah. Jadi itu yang saya fikirkan selama ini ke mana seseorang itu tanpa pelajaran?”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.