Masih sedih atas kehilangan isteri, Ridzokumura berhasrat nak hantar Sky ke Jepun kalau dia dah tiada

Advertisements
Advertisements

Usahawan Ridzuan Okumura nampaknya masih lagi bersedih di atas pemergian isterinya, Allahyarham Aishah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akiko Okumura. Baru-baru ini, Ridzuan ada memuat naik video momen bahagianya bersama Akiko ketika live di TikTok. Bersama video itu, Ridzuan juga menulis luahan hatinya yang terlalu merindui isteri. Menerusi luahan itu juga, Ridzuan menyatakan keputusannya untuk menghantar anak mereka, Sky ke Jepun jikalau dia sudah tiada nanti. Klik sini untuk lihat video.

“Maaf saya tak tau nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah. Al Fatihah buat insan yang terlalu saya cintai, Allah bagi saya pinjam 16 tahun. Tapi saya tahu, arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky, dan saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky.  Saya tak kuat. Kalau saya tak ada siapalah nak jaga Sky. Saya pun tak tahu ajl saya bila. Kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan, Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pakciknya di Jepun,” tulis Ridzuan.

Rata-rata warganet yang melihat video itu berasa tersentuh dengan perkongsian Ridzuan dan berdoa semoga dia terus kuat semangat dengan ujian yang menimpa. Semoga Ridzuan terus kuat dengan dugaan yang menimpa. Al Fatihah buat Akiko…  Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *