Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi mengenai keadaan kesihatan isterinya, Akiko menghembuskan nafas terakhir pada 27 Februari lalu. Menerusi sesi siaran langsund di TikTok pada Khamis, Ridzuan berkata bahawa isterinya itu telah lama mengalami masalah kesihatan dan sering mendapatkan rawatan di hospital.
“Kali terakhir saya bawa Akiko ke hospital pada 20 Januari sebab dia sakit ulser dalam perut, dekat hempedu. Dia memang tak sihat dan selalu pergi hospital,” Lebih menyentuh hati, Ridzuan turut mengimbas kata-kata terakhir isterinya yang seolah-olah memberi petanda bahawa dia bakal pergi. Klik sini untuk lihat video.

“Tanda-tanda sebelum pemergian, dia beritahu saya yang tahun ini dia tak akan buat lagi menu berbuka puasa macam selalu dia buat. Kemudian, masa kami balik Jepun pada Februari lalu, di lapangan terbang saya ada beritahu dia yang dia lawa tanpa pakai makeup. Selepas daripada itu, dia memang tak pakai makeup langsung sampailah dia pergi.”
Berkongsi mengenai dirinya, Ridzuan mengakui kesihatannya tidak berada dalam keadaan baik selepas kehilangan insan tercinta. “Bila saya tengok semula laporan kesihatan arwah, saya jadi sedih. Tak tahu nak cakap macam mana, orang yang kehilangan sahaja dapat merasai. Saya tak berapa sihat. Jiwa saya tak tenteram, sebab itu saya selalu buat live nak bersembang dengan korang.
Tapi Alhamdulillah, Sky okay, dia lebih kuat daripada saya. Macam semalam sebelum tidur, Sky teringat dan rindu arwah. Saya dengan Sky tidur sekali, macam sebelum ini pun bila dengan arwah, kami akan tidur bertiga atas satu katil. Kadang-kadang arwah pergi tidur di bilik tetamu.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan Ridzuan yang merindui sosok isteri tercinta. Malah mereka turut menitipkan doa agar Ridzuan dan anakny, Sky diberi ketabahan. Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.