Umum sedia maklum, Shaheizy Sam antara aktor yang terkenal dengan perubahan fizikal daripada gemuk kepada kurus dalam sekelip mata. Menurut laporan Harian Metro, Shaheizy atau lebih mesra disapa Sam berkata dapat berbuat demikian kerana mengikut pendekatan penjagaan kesihatan yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.
“Idola saya adalah Rasulullah. Baginda tak dapat pun kelebihan macam kita makan satu hari tiga, empat kali. Kita tahu Rasulullah kan, kadang-kadang dapur tak berasap, makan kurma. Alhamdulillah, sihat dan menang perang lagi. Badan, kalau kita tahu kan, badan Rasulullah. Jadi, kenapa Rasulullah boleh lalui macam itu? Sihat badan, kita makan satu hari satu kali tak boleh. Faham kan? Jadi, saya selalu ambil contoh pendekatan logik begitu. Itu saja,” katanya.
Sam berkongsi bahawa dia hanya makan sekali sehari atau dikenali sebagai One Meal A Day (OMAD). Namun, dia sendiri masih tertanya-tanya adakah cara itu memberikan nutrisi yang cukup untuk tubuhnya. Walaupun ada yang menyokong diet tersebut, ramai juga warganet yang meluahkan kebimbangan tentang kesannya terhadap kesihatan jangka panjang pelakon berbakat ini. “Jadi, bila orang kata ‘one meal a day’ tidak sihat, tak cukup nutrisi, saya tanya balik. Berapa nutrisi yang cukup untuk satu hari bagi keperluan badan saya ini? Tiada siapa boleh jawab.
Bila tidak berjawab, maksudnya apa yang saya buat ini cukup nutrisi dan sudah lakukannya lebih 10 tahun pun. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan. Saya tidak ‘lemau’, tak ada. Ini kerana badan saya sudah sesuaikan diri dengan ‘one meal a day’. Bila hendak bercerita lanjut mengenai topik ini, memang sangat panjang. Sebab itu saya selalu ‘live’ memang ambil masa berjam,” katanya.
Terdahulu, Sam mencuri tumpuan apabila mudah menurunkan berat badan di samping rajin berkongsi mengenai perjalanan kesihatannya bersama pengikut di sesi siaran langsung di TikTok. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.