PELAKON Shakilla Khoriri kesal apabila bekas suaminya iaitu Fizi Ali seolah-olah memerlinya menggunakan isu berkaitan anak perempuan mereka demi mempromosikan produk ‘chili oil’ jualannya. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, sebaliknya meminta Fizi bersyukur dia ada usaha mencari wang untuk menampung perbelanjaan anak mereka. Ini kerana dakwa Shakilla, nafkah diberi Fizi untuk anak mereka iaitu Ameena Sofia, 6 tahun sebanyak RM500 sebulan tidak mencukupi.
“Keperluan seperti perbelanjaan persekolahan bernilai ribuan ringgit sebulan… Kalau nak bandingkan RM500 itu, dia sepatutnya berterima kasih bukannya menghina saya buat marketing murahan. Saya pun nak kejar jualan, saya ada masa dua hari sahaja lagi sebelum tutup akaun. Takkan saya kena berhenti berniaga disebabkan isu ini tengah panas?,” ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Kila memberitahu dia terpaksa bekerja keras membesarkan Ameena untuk memastikan semua keperluan dan kehendak anaknya mencukupi. Disebabkan itu juga, Shakilla memohon kepada Fizi agar berhenti mengaitkan sumber rezekinya dengan pertelingkahan di antara mereka. “Tidak ada sokongan atau bantuan daripada bapa kandung anak saya, jadi saya kena kerja dua kali ganda lebih kuat untuk penuhi keperluan dan kehendak Ameena.
Apabila saya fikir-fikir balik, tak baiklah buat macam ini. Ucapan terima kasih pun tidak ada, apatah lagi hendak menghargai saya mencari rezeki untuk anak kami. Jadi saya harap tak perlu kaitkan bisnes saya sebab anak kami bukan tanggungan suami. Saya ada rasa tanggungjawab cukupkan keperluan Ameena,” ujarnya. Ahad lalu, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, seolah-olah memerli Shakilla dengan mengatakan wanita itu seakan-akan menggunakan isu anak mereka dengan niat mempromosikan produk jualannya.
Fizi tampil bersuara selepas Shakilla memuat naik kenyataan mendakwa muncul individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena dan cuba mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuannya. Susulan itu, Fizi meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung anak mereka secara undang-undang dan bukannya melalui media sosial.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Disember 2021. Fizi kembali bertemu jodoh dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023 manakala Shakilla pula mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.