Individu ni dedah anak Kim Seri menangis bila bapa ditahan, ibu pula tengah bahagia tayang gambar nikah dengan jejaka Korea

Advertisements
Advertisements

Seorang wanita menyatakan anak Kim Seri menangis sewaktu bapa dan juga bekas suami kepada pempengaruh sensasi berkenaan ditahan atas dakwaan terlibat dalam penipuan yang dilakukan oleh mantan isterinya. Dalam hantaran yang dimuat naik wanita yang menggunakan nama akaun Hakak Tudung di TikTok, dia menyatakan bahawa bekas suami Kim Seri yang juga merupakan adiknya telah ditahan reman. Klik sini untuk lihat video.

“Bekas suami iaitu adik saya terpaksa tanggung segala jnyah dia asbab masa masih suami isteri, adik saya bukakan akaun syarikat SSM untuk dia,” tulisnya.” Dia turut menyertakan video tangkapan layar perbualan dia dan Kim Seri berhubung isu terbabit dan pempengaruh itu mengakui apa yang telah dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen pula, pengguna TikTok terbabit telah menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet berhubung keadaan bekas suami dan tindakan Kim Seri yang berkongsi kisah bahagiannya kembali bergelar isteri kepada jejaka Korea Selatan. Ujar Hakak Tudung, anak-anak kepada pempengaruh itu menangis sewaktu bapa mereka (bekas suami Kim Seri) ditahan sewaktu ibu mereka sedang berkongsi kebahagian sudah bernikah lagi. “Anak Kim Seri menangis ayah kena tangkap. Mak pula post bagia kahwin lain. Mana hati dia,” tulisnya.

Difahamkan, bekas suami Kim Seri akan direman di beberapa lokasi berbeza disebabkan 47 kes yang dinyatakan. Dedah Hakak Tudung lagi, adiknya membantu bekas isteri membuka akaun SSM kerana ketika itu Kim Seri tidak dapat berbuat demikian memandangkan berstatus penjawat awam. Jelas Hakak Tudung lagi, mereka sekeluarga berasa sedih kerana percaya adiknya tidak bersalah, namun terpaksa berdepan jenayah yang dilakukan bekas isteri.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan sama ada benar ataupun tidak kerana belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak. Semalam, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, 40 telah berkongsi di media sosial bahawa dirinya kini merupakan isteri kepada jejaka Korea Selatan dikenali sebagai Choi Amin selepas sah bernikah di negara terbabit. Hantaran tersebut sudah tentu menjadi perhatian ramai selepas kecoh di media sosial berkenaan penipuan yang dilakukan kepada ramai rakyat Malaysia sehingga dia digesa melunaskan segala hutang yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *