Perasaan sayang terhadap isteri masih menebal, Azlan Komeng tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumahtangga

Advertisements
Advertisements

PELAKON Azlan Komeng tetap pendirian untuk mempertahankan rumah tangganya meskipun isteri iaitu Nur Nilam Ortiz telah memfailkan perpisahan terhadapnya pada 10 April lalu. Mengulas mengenai krisis rumah tangganya itu, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata walaupun menyimpan hasrat ingin berkahwin lagi namun perasaan sayang terhadap isterinya masih menebal. “Saya tak boleh terima sebab waktu isteri saya buat keputusan pergi ke pejabat agama tu, saya ada alasan lain dan bila dapat tahu awalnya Nilam tidak boleh terima jadi kami perlukan ruang, insya-Allah pelan-pelan isteri saya akan faham.

Soal saya nak nak berkahwin lagi tu sehingga hari ini saya belum katakan tidak, tapi soal sayang isteri dan atau rumah tangga, itu memang pasti,” kata Azlan. Dalam pada itu, Azlan memberitahu keputusan berkahwin lagi kerana atas persetujuan bersama isterinya namun berlaku beberapa perkara menyebabkan hubungan rumah tangga mereka bergolak. “Perempuan (calon isteri) sebenarnya ada dengan saya sebelum berkahwin lagi tapi selepas berkahwin saya sudah tinggalkan dia… tapi dia masih kejar saya sampai jumpa isteri dan akhirnya bersetuju untuk berkahwin,” ujarnya. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *